Thursday 25 September 2014
Bedak asas untuk tampil fotogenik dalam 'selfie'
23 Sep – Fenomena 'selfie' bukanlah satu perkara baru dalam dunia ini. Malah boleh dikatakan hampir setiap orang pasti pernah mengambil gambar 'selfie' dan menggunakan pelbagai aplikasi bagi memastikan ia kelihatan cantik untuk tatapan ramai.
Kini jenama Dior tampil dengan bedak asas terbaru yang direka khas bagi membantu wanita kelihatan cantik dalam gambar.
Dipetik daripada laporan Telegraph, DiorSkin Star telah dihasilkan menggunakan formula baru iaitu teknologi 'cahaya penuh' untuk menangkap cahaya semula jadi pada muka, sekaligus meningkatkan tulang pipi dan mata serta menghilangkan kulit kusam, kedutan serta pengilatan pada wajah.
Dalam satu kaji selidik yang diadakan oleh Dior, mereka mendapati sebanyak 42 peratus wanita menggunakan bedak asas bagi memberi keyakinan ketika bergambar.
Menurut pengarah komunikasi saintifik Dior, Edouard Mauvais-Jarvis, objektif mereka adalah bagi menjadikan wajah sebagai satu sumber cahaya yang ideal sekaligus menjadikan wanita tampil cantik dan fotogenik serta berkeyakinan.
Mempunyai 16 tona warna mengikut kesesuaian kulit masing-masing, DiorSkin Star dijual dengan harga £32 (RM170).
Aktres terkenal Natalie Portman telah terpilih sebagai wajah DiorSkin Star yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment