Wednesday 25 June 2014

Bajet Perkahwinan -Cara berjimat utk majlis perkahwinan


Bajet perkahwinan adalah sangat penting semasa merancang perkahwinan anda. Tanpa bajet perkahwinan yang dirancang dengan penuh teliti anda pasti akan berbelanja lebih dan membazir. Perancangan perkahwinan yang disusun atur dengan rapi pastinya melibatkan topik bajet perkahwinan ini. Sudah tentu ianya satu aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah perkahwinan yang sempurna. Kalau duit tak ada, nak kahwin pun tertangguh-tangguh. Majilis perkahwinan pun jadi terbengkalai. Kalau dulu biasanya, pengantin lelaki akan pening kepala namun berbeza dengan zaman sekarang pastinya ada di kalangan kaum hawa turut membantu setakat yang terdaya. Maklumlah berbelanja berpuluh ribu. Apa-apapun menabung dari awal adalah satu cara tebaik agar krisis kewangan tidak akan timbul bila tiba hari yang bersejarah kelak. Dengan harapan tidaklah berhadapan hutang keliling pinggang nanti. Dari itu, bagi bakal-bakal pengantin, mereka haruslah membuat anggaran perbelanjaan perkahwinan mereka sendiri agar bajet perkahwinan tersebut adalah dibawah kemampuan sebenar.

Berikut adalah beberapa cadangan perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa membuat anggaran bajet untuk majilis perkahwinan.

1Kursus kahwin. Wajib dihadiri sebelum kahwin. Ianya sesuatu yang MESTI ada. Bergantung kepada negeri-negeri di Malaysia, secara puratanya ia melibatkan perbelanjaan RM100. Perkara ini tak boleh jimat. 

2. Mas kahwin dan wang hantaran. Kedua-dua perkara ini adalah wajib. Jumlahnya pula berbeza-beza. Kebiasaannya kedua belah pihak lelaki dan perempuan akan bertolak ansur dalam hal ini. Namun tidak dinafikan bilamana ada pihak perempuan meminta hantaran yang agak tinggi, pihak lelaki terpaksa menerima bebanannya. Berdasarkan pepatah melayu 'ukur baju di badan sendiri', jumlah hantaran pada dasarnya bergantung kepada kemampuan dan budi bicara kedua belah pihak. Oleh itu sebelum nak terfikir berbelanja lebih dicadangkan kedua-dua pihak berbincang secara terperinci apa, berapa bajet yang terlibat. Bilamana kata putus tercapai, semestinya jumlah perbelanjaan mas kahwin dan hantaran ini dapat dijimatkan. 

3Upah Juru nikah dan Tok Kadi. Bab ini juga amat dititikberatkan. Tanpa bab ini tak kahwinlah si pengantin. Upah sekitar RM80 disediakan. Namun adalah lebih baik pemilihanan Jurunikah dan tok Kadi adalah dikalangan saudara mara yang berkelayakan. Atas dasar bantu membantu. perbelanjaan juga dapat di jimatkan. 

4Barang hantaran. Pada masa sekarang, barang hantaran perkahwinan jauh lebih mahal harganya berbanding dengan  masa dahulu.Berbincanglah dengan pasangan barang2 yang perlu dijadikan hantaran, jika lebih simple lebih jimat :)

5Gubahan hantaran. Setiap majlis pertunangan atau perkahwinan akan nampak lebih meriah jika dihiasi dengan barang-barang hantaran yang digubah indah. Hantaran yang digubah sendiri dapat menjimatkan banyak belanja dalam hal ini. Tetapi bagi mereka yang  mempunyai bajet lebih dan menitikberatkan  keindahan, menempah gubahan hantaran akan memberi ruang kepada para pengantin untuk memikirkan perkara lain yang berkaitan. Selesai satu masalah dengan menempah sahaja hantaran2, sampai masa collect je.   
                                                                                            
6. Cincin atau barang kemas. Bajet untuk Cincin dan barang kemas dipilih berdasarkan kepada kesesuaian range bajet perkahwinan. Dengan mengabaikan tabiat menunjuk-nunjuk, selalunya perkara ini dapat diselengarakan dengan baik.

7. Makeup. Jika anda ingin lebih jimat, disarankan anda mengambil pakej perkahwinan yang biasanya all in dengan makeup,pelamin, hantaran, baju bersanding dan aksesori, bunga tangan, kad kahwin, katering  semuanya tempah kat satu tempat je. Kalau ambik berasingan contohnya  hanya mengambil khidmat makeup artists tempat lain, pelamin tempat lain, baju tempat lain pastinya  bajet anda akan lari kerana charge berasingan akan dikenakan bayaran yang lebih mahal.


8. Pelamin. Bagi bab pelamin ini, adalah dinasihatkan untuk meluangkan masa melakukan survey bagi mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menjimatkan. Walaupun masa yang diambil terlalu lama untuk buat survey, hasilnya anda sendiri juga akan puas hati. Pada dasarnya, memang terdapat banyak butik di luar sana yang menawarkan harga-harga yang lebih berpatutan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak anda.

9Bunga telur dan door gift. Anda boleh jimatkan kos dengan membuatnya sendiri. Self made nampak lagi unik mempunyai makna yang berbeza. Beli bahan-bahan dan jemput sanak saudara atau ahli keluarga bergotong-royong untuk sediakan bunga telur dan door-gift ini. Secara tidak langsung ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.

10. Katering dan kanopi. Tetapkan bajet anggaran makanan yang  ditempah melebihi sedikit daripada jumlah tetamu anda. Ini bagi mengelakkan masalah tak cukup makanan dan diumpat oleh tetamu nanti. Carilah pakej two in one, khidmat katering yang dipakejkan sekali dengan sewa kanopi.

11. Jurufoto. Nak cari yang profesional kosnya mahal. Untuk jimat, carilah rakan-rakan terdekat yang mempunyai kemahiran fotografi,atau kenalan yg baru mula berjinak dgn kerjaya jurufoto utk menjadi jurufoto anda. Kalau nak ambil yg profesional, ambil masa untuk survey hasil kerja mereka dan bandingkan juga harga / pakej yg ditawarkan cari yg berpatutan dan berkualiti.

12. Kompang. Bagi saya, hilang kemeriahan majlis tanpa pasukan kompang yang menggamatkan suasana ketika detik ketibaan pengantin.  memeriahkan suasana dan nampak lebih menarik sesuatu majlis dgn bunyi paluan kompang. Masukkan kompang dlm check list  item persediaan majlis perkahwinan anda.

13. Kad jemputanTidak perlu tetapkan bajet yang tinggi utk kad kahwin yang mahal-mahal. Pada dasarnya tujuan utama anda beli kad kahwin ialah untuk menjemput para tetamu untuk hadir ke majlis Walimatul ‘Urus anda. Lagi simple, lagi baik, lagipun nanti org buang je.  kalo simpan pun bukan boleh buat apa pun.  baik cari yg simple cantik dan tak mahal..itu lebih bijak kan?..

14. Lokasi perkahwinan. Kalau anda mempunyai kemampuan dan bajet anda besar, boleh lah anda adakan di hotel atau kelab-kelab eksklusif. Jika bajet anda sederhana, memadai anda buat di dewan atau rumah anda sendiri. 

Semoga panduan ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam penyediaan bajet perkahwinan anda. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda yang memerlukan. Selamat pengantin baru!!

No comments:

Post a Comment