Bajet perkahwinan adalah sangat
penting semasa merancang perkahwinan anda. Tanpa bajet perkahwinan
yang dirancang dengan penuh teliti anda pasti akan berbelanja lebih dan
membazir. Perancangan perkahwinan yang disusun atur dengan rapi pastinya melibatkan topik bajet perkahwinan ini. Sudah tentu ianya satu aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah
perkahwinan yang sempurna. Kalau duit tak ada, nak kahwin pun
tertangguh-tangguh. Majilis perkahwinan pun jadi terbengkalai.
Kalau dulu biasanya, pengantin lelaki akan pening kepala namun berbeza dengan zaman sekarang pastinya ada di kalangan kaum hawa
turut membantu setakat yang terdaya. Maklumlah berbelanja berpuluh ribu.
Apa-apapun menabung dari awal adalah satu cara tebaik agar krisis
kewangan tidak akan timbul bila tiba hari yang bersejarah kelak. Dengan
harapan tidaklah berhadapan hutang keliling pinggang nanti. Dari itu,
bagi bakal-bakal pengantin, mereka haruslah membuat anggaran
perbelanjaan perkahwinan mereka sendiri agar bajet perkahwinan tersebut adalah dibawah kemampuan sebenar.
Berikut adalah beberapa
cadangan perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa membuat anggaran
bajet untuk majilis perkahwinan.
1. Kursus kahwin. Wajib dihadiri sebelum kahwin. Ianya sesuatu yang MESTI ada. Bergantung kepada negeri-negeri di
Malaysia, secara puratanya ia melibatkan perbelanjaan RM100. Perkara ini
tak boleh jimat.
2. Mas kahwin dan wang hantaran. Kedua-dua
perkara ini adalah wajib. Jumlahnya pula berbeza-beza. Kebiasaannya
kedua belah pihak lelaki dan perempuan akan bertolak ansur dalam hal
ini. Namun tidak dinafikan bilamana ada pihak perempuan meminta hantaran
yang agak tinggi, pihak lelaki terpaksa menerima bebanannya.
Berdasarkan pepatah melayu 'ukur baju di badan sendiri', jumlah hantaran
pada dasarnya bergantung kepada kemampuan dan budi bicara kedua belah
pihak. Oleh itu sebelum nak terfikir berbelanja lebih dicadangkan
kedua-dua pihak berbincang secara terperinci apa, berapa bajet yang
terlibat. Bilamana kata putus tercapai, semestinya jumlah perbelanjaan
mas kahwin dan hantaran ini dapat dijimatkan.
3. Upah Juru nikah dan Tok Kadi. Bab ini juga amat
dititikberatkan. Tanpa bab ini tak kahwinlah si pengantin. Upah sekitar
RM80 disediakan. Namun adalah lebih baik pemilihanan Jurunikah dan tok
Kadi adalah dikalangan saudara mara yang berkelayakan. Atas dasar bantu
membantu. perbelanjaan juga dapat di jimatkan.
4. Barang hantaran. Pada masa sekarang, barang
hantaran perkahwinan jauh lebih mahal harganya berbanding dengan masa dahulu.Berbincanglah dengan pasangan barang2 yang perlu dijadikan hantaran, jika lebih simple lebih jimat :)
5. Gubahan hantaran. Setiap majlis pertunangan atau
perkahwinan akan nampak lebih meriah jika dihiasi dengan barang-barang
hantaran yang digubah indah. Hantaran yang digubah sendiri dapat menjimatkan banyak belanja dalam hal ini. Tetapi bagi
mereka yang mempunyai bajet lebih dan menitikberatkan keindahan, menempah gubahan hantaran akan memberi ruang kepada para pengantin
untuk memikirkan perkara lain yang berkaitan. Selesai satu masalah dengan menempah sahaja hantaran2, sampai masa collect je.
6. Cincin atau barang kemas. Bajet untuk Cincin dan
barang kemas dipilih berdasarkan kepada kesesuaian range bajet
perkahwinan. Dengan mengabaikan tabiat menunjuk-nunjuk, selalunya
perkara ini dapat diselengarakan dengan baik.
7. Makeup. Jika anda ingin lebih jimat,
disarankan anda mengambil pakej perkahwinan yang biasanya all in dengan makeup,pelamin, hantaran, baju bersanding dan aksesori, bunga tangan, kad kahwin, katering semuanya tempah kat satu tempat je. Kalau ambik berasingan contohnya hanya mengambil
khidmat makeup artists tempat lain, pelamin tempat lain, baju tempat lain pastinya bajet anda akan lari kerana charge berasingan akan dikenakan
bayaran yang lebih mahal.
8. Pelamin. Bagi bab pelamin ini, adalah dinasihatkan untuk meluangkan masa melakukan survey
bagi mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menjimatkan. Walaupun
masa yang diambil terlalu lama untuk buat survey, hasilnya anda sendiri
juga akan puas hati. Pada dasarnya, memang terdapat banyak butik di
luar sana yang menawarkan harga-harga yang lebih berpatutan dalam masa
yang sama dapat memenuhi kehendak anda.
9. Bunga telur dan door gift. Anda boleh jimatkan kos dengan membuatnya sendiri. Self made
nampak lagi unik mempunyai makna yang berbeza. Beli bahan-bahan dan
jemput sanak saudara atau ahli keluarga bergotong-royong untuk sediakan
bunga telur dan door-gift ini. Secara tidak langsung ini dapat
mengeratkan lagi tali persaudaraan.
10. Katering dan kanopi. Tetapkan bajet anggaran
makanan yang ditempah melebihi sedikit daripada jumlah tetamu anda. Ini
bagi mengelakkan masalah tak cukup makanan dan diumpat oleh tetamu
nanti. Carilah pakej two in one, khidmat katering yang dipakejkan sekali dengan sewa kanopi.
11. Jurufoto. Nak cari yang profesional
kosnya mahal. Untuk jimat, carilah rakan-rakan terdekat yang mempunyai
kemahiran fotografi,atau kenalan yg baru mula berjinak dgn kerjaya jurufoto utk menjadi jurufoto anda. Kalau nak ambil yg profesional, ambil masa untuk survey hasil kerja mereka dan bandingkan juga harga / pakej yg ditawarkan cari yg berpatutan dan berkualiti.
12. Kompang. Bagi saya, hilang kemeriahan majlis tanpa pasukan kompang yang menggamatkan suasana ketika detik ketibaan pengantin. memeriahkan suasana dan nampak
lebih menarik sesuatu majlis dgn bunyi paluan kompang. Masukkan kompang dlm check list item
persediaan majlis perkahwinan anda.
13. Kad jemputan. Tidak perlu tetapkan bajet yang
tinggi utk kad kahwin yang mahal-mahal. Pada dasarnya tujuan utama
anda beli kad kahwin ialah untuk menjemput para tetamu untuk hadir ke
majlis Walimatul ‘Urus anda. Lagi simple, lagi baik, lagipun nanti org buang je. kalo simpan pun bukan boleh buat apa pun. baik cari yg simple cantik dan tak mahal..itu lebih bijak kan?..
14. Lokasi perkahwinan. Kalau anda mempunyai
kemampuan dan bajet anda besar, boleh lah anda adakan di hotel atau
kelab-kelab eksklusif. Jika bajet anda sederhana, memadai anda buat di
dewan atau rumah anda sendiri.
Semoga panduan ini
sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam penyediaan bajet perkahwinan anda. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda yang memerlukan. Selamat pengantin baru!!